Thursday, 23 June 2011

:D

Hidup memang tidak selalunya indah. Hidup ini saya umpamakan seperti sekuntum bunga mawar ada masanya bunga mawar itu cantik dan mengeluarkan haruman yang menyenangkan sehingga kita tertarik tetapi apabila tiba masanya ia layu tidak ada apa-apa yang indah dapat kita lihat di situ. Hanya sekuntum bunga mawar yang layu dan kering dan sudah tidak ada apa-apa makna lagi pada kita. Di mana setiap kelopak bunga mawar itu akan jatuh satu demi satu menyembah bumi. Begitulah juga kehidupan kita di dunia ini, kadang-kadang kita bahagia,kita tersenyum, dan adakalanya kebahagiaan dan senyuman itu akan lenyap begitu sahaja. Tidak ada yang lebih membahagiakan kita daripada mentaatai jalan ALLAH S.W.T kerana itu adalah yang kekal buat selama-lamanya. 
> Sama-sama la kita renung-renugkannya.


"''Dunia ini adalaH PerHiasan & Sebaik-Baik PerHiasan Adalah WanitA SolehaH""
                               

No comments:

Post a Comment